Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Monday, June 23 | Monday, June 23, 2014


1. Berdoalah agar Allah SWT. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima dalam bulan ini, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah SAW apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, “Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya: Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)


Parasalafussoleh selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, “Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya: Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai.
2. Bersyukurlah dan memuji Allah atas kurnia Ramadhan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, “Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagunganNya.”
Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadhan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.
3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah SAW selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan.
“Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Salafussoleh sangat memperhatikan bulan Ramadhan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadhan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan rahmat.
4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin daripada bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Justeru isilah setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah seperti tadarus Al-Quran, zikir, solat sunat, bersedeqah, menjamu orang berbuka puasa, solat terawih dan solat malam.
5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan.
“Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]
6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah dalam bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum    berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,”  [Q.S. Al-Anbiyaa(21): 7]
7. Sambut Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar daripada segala dosa dan kesalahan. Ramadhan adalah bulan taubat.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]
8. Siapkan jiwa dan roh kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa sehingga secara mental kita bersedia untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadhan.
9.  Hiasilah rumah dan diri. Marilah kita menghiasi rumah kita agar nampak kegembiraan kita menyambut Ramadhan seperti menggantung banner “Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak” dan lampu warna- warni. Hiasilah diri dengan pakaian yang baik dan wangian yang segar ketika beribadah kepada Allah  contohnya seperti ketika menunaikan solat terawih. Berbelanjalah sedikit untuk kegembiraan kita menjelang Ramadhan.
10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih.
Kepada Allah, dengan taubat nashuha
Kepada Rasulullah SAW, dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya.
Kepada orang tua, isteri-isteri, anak-anak, dan sahabat-sahabat serta kaum kerabat, dengan mengeratkan hubungan silaturrahim
Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah paling bermanfaat bagi orang lain.

Amalan-amalan yang boleh diamalkan sebelum menghadapi ramadhan :
  • Lakukan warm-up dengan berpuasa setiap Isnin  – Khamis .
  • Luangkan sedikit masa bersama ahli keluarga, rakan dan sesiapa sahaja di sekitar anda dan berbincanglah tentang Ramadan yang bakal tiba, harapan, persiapan dan sebagainya
  • Mulakan amalan bersedekah, sedikit demi sedikit.
  • Luangkan masa mendengar bacaan al-Quran.
  • Mulakan membaca al-Quran setiap hari dan tambah jumlah ayat yang dibaca berbanding sebelum ini.
  • Latih diri tidur awal, seolah-olah anda sedang berada bulan Ramadan. Bukan itu sahaja, ikhtiarkan bangun awal seolah-olah anda perlu bersahur. Kemudian hiasilah tabiat bangun awal dengan solat sunat dan bacaan al-Quran.
  • Tambahkan ilmu yang anda sangat perlukan semasa Ramadan. Jangan sekali-kali menyangka bahawa anda tahu segala-galanya tentang bulan yang dinanti-nanti hamba Allah yang soleh ini. Hasil bacaan juga boleh meningkatkan ghairah anda menyambut Ramadan dan beribadah semahunya.
  • Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
  • Introspeksi diri anda setiap hari sebelum tidur. Mintalah keampunan Allah atas setiap dosa yang dilakukan dan Allah beri kekuatan untuk kekalkan kebaikan yang telah dilakukan.
  • Bantulah orang lain yang memerlukan dengan ilmu, kudrat dan kebolehan yang ada.
  • Dekati orang-orang yang berilmu, orang-orang soleh dan sebagainya supaya anda dapat belajar lebih daripada mereka.
  • Berilah peluang kepada diri anda bersendirian supaya dapat meluangkan masa mengingati Allah dengan berzikir.
  • Luangkan masa solat sunat seperti solat sunat Rawatib, Dhuha dan Qiamullail.
  • Bagi mereka yang mampu mengerjakan umrah dalam Ramadan amatlah digalakkan kerana berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w., umrah yang dikerjakan dalam bulan Ramadan sama seperti mengerjakan haji.
Dipetik dan diolah daripada KMIT
Mohamad Nor Sazelim Bin Mohamad
NYDP ISMA DHL
Sumber Lain : arnamee blog & ismad hl





www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor