Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Sunday, June 1 | Sunday, June 01, 2014





POLIS percaya seorang lelaki menggunakan motosikal curi yang terjun ke dalam Sungai Sarawak malam kelmarin melarikan diri dan tidak lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Fauzilan Abdul Aziz berkata berdasarkan maklumat, orang awam memberitahu suspek telah lari dan berjaya menyelamatkan diri.

Sehubungan itu, menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang bermula pada jam 11.15 malam kelmarin dihentikan pada kira-kira 11.10 pagi semalam.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima, suspek berjaya melarikan diri dan tidak lemas,” ujarnya pada sidang media di Kuching, semalam.

Beliau berkata, suspek dipercayai menggunakan motosikal curi yang baharu sahaja dilaporkan hilang malam kelmarin.

“Nombor pendaftaran motosikal asal motosikal itu masih digunakan suspek,” jelasnya.

Menurutnya lagi, polis akan terus mengesan suspek dan memohon kerjasama orang ramai untuk memberi maklumat sekiranya mengetahui lokasi persembunyian suspek.

Sebelum terjun ke Sungai Sarawak sekitar jam 10.10 malam kelmarin, suspek yang melarikan diri daripada sekatan melanggar salah seorang anggota polis bertugas.

Akibatnya, anggota terbabit cedera di kening dan siku kiri.



Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor