Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Sunday, June 19 | Sunday, June 19, 2011

Manusia hidup di dunia ini semuanya mempunyai sahabat. Boleh dikatakan tidak seorangpun manusia yang tidak memiliki sahabat walau mereka dari kaum yang ketinggalan dalam serba serbi kemodenan sekalipun. Namun apakah erti sahabat itu.
Sahabat asalnya dari kalimah Arab yang jika diterjemah ke bahasa melayu bererti kawan dan rakan atau teman. Sama jika diterbalikkan kawan dan rakan atau teman adalah kalimah melayu jika diterjemah kebahasa Arab ialah sahabah. Jika diterjemah kebahasa Inggeris bererti friend. Bahasa German? Saya tidak tahu kerana tidak pandai berbahasa German.
Nilai persahabatan
Ujud sesuatu di dunia ini mengandungi hakikat. Pengkajiannya dinamakan mengkaji hakikat. Dan ilmu yang didapati dinamakan ilmu hakikat. Maka apakah hakikat dan nilai persahabatan?
Nilai persahabatan sebenarnya diukur sejauh manakah kesejatian persahabatan. Apakah kita sanggup berkorban untuk sahabat. Sahabat yang sejati ialah sahabat yang sanggup berkorban untuk sahabatnya. Sahabat sejati adalah sahabat yang sama-sama ketawa dimasa senang dan juga sama-sama menangis dimasa susah. Semasa senang, kesenangan dikongsi bersama dan semasa susah ia juga dikongsi bersama. Pokoknya sahabat sejati adalah penghibur ketika senang dan susah.
Seorang sahabat sejati akan sentiasa memerhatikan tingkah laku sahabatnya. Ia tidak akan membiarkan sahabatnya hidup di dalam kesesatan. Sahabat sejati adalah menjadi mata dan telinga sahabatnya. Sahabat sejati tidak akan merasa senang dan tidak tenteram hatinya jika sahabatnya hidup didalam kesusahan atau kemaksiatan.
Ayuhlah kita ambil contoh diri kita, apakah yang kita lakukan jika sahabat kita ingin meminjam wang atas keperluan mendesak sedangkan kita tiada wang? Apakah kita akan hanya berkata “aku tiada wang”? Apakah kita sanggup meminjam wang dari orang lain kemudian meminjamkannya kepada sahabat kita? Tentu kita tidak berani melakukannya kerana takut jika sahabat kita itu tidak memulangkan wang yang kita pinjam itu, maka kita pula terpaksa melunaskannya. Banyak berlaku di zaman moden ini sahabat menjadi penjamin pinjaman wang, tetapi dia pula yang menjadi pembayarnya. Mengpa? Kerana sahabat yang meminjam wnag itu melarikan diri dari membayar pinjamannya. Namun, sahabat sejati akan melakukannya dan sahabat sejati juga akan memulangkan harta yang dipinjamnya dari sahabatnya pula.
Contoh sahabat susah sama susah dan senang sama senang ialah persahabatan di zaman Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam antara kaum Muhajirin dan Ansar. Apabila umat Islam berhijrah ke Madinah, antara perkara pertama dilakukan Baginda ialah mempersaudarakan setiap lelaki Muhajirin dengan seorang lelaki Ansar. Dan apabila dipersaudarakan, lelaki ansar akan berkorban sehabisnya kepada suadara Muhajirinnya. Apa sahaja harta diberikan untuk keperluan saudara Muhajirinnya. Hatta isterinya sanggup diberikan untuk dinikahi. Inilah contoh sahabat sejati yang bernilai cukup tinggi.
Contoh sahabat yang tertinggi ialah Sayyidatina Khadijah isteri pertama Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam. Khadijah adalah isteri yang sangat disayangi Baginda sehingga ia disebut-sebut di hadapan Aisyah menyebabkan kecemburuan kepada Aisyah. Mengapakah Khadijah sangat disayangi oleh Nabi Sallallahu alaihi wasallam? Kerana Khadijah memilik sifat susah sama susah dan senang sama senang dengan Nabi Sallallahu alaihi wasallam. Khadijah memiliki lima sifat yang melengkapi kesempurnaan dirinya iaitu sebagai seorang isteri yang menyintai suaminya, sebagai seorang ibu yang membelai anaknya, sebagai seorang kakak yang menjaga adiknya, sebagai seorang kawan yang mengasihi kawannya dan sebagai seorang kekasih yang menyintai kekasihnya. Kelima-lima sifat ini diterjemah dengan perlakuan ke atas diri Nabi. Inilah hakikat sahabat sejati yang menjadi kesempurnanbagi Sayyidatina Khadijah yang menyebabkan cinta Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam tertanam kuat kepadanya.
Namun sangat jarang berlaku hal ini dimana kebanyakannnya ialah sahabat yang sama-sama ketawa dimasa senang tetapi membiarkan sahabatnya menangis seorang diri dimasa susah. Dizaman ini kalimah kawan makan kawan adalah seperti sesuatu yang norma. Seringkali kawan sendiri mengkhianti kawannya. Contohnya seorang kawan sering mengkhianati kawan di dalam perkongsian perniagaan dimana salah seorang darinya menggelapkkan keuntungan perniagaan. Seringkali juga kawan mengkhianati amanah seperti seorang kawan memperkosa isteri kawannya. Demikian juga kawan tidak akan memperdulikan kita dalam persaingan kenaikan pangkat dalam syarikat, dimana perlakuan ampu mengampu ketua jabatan akan berlaku dengan penuh keji, dan ketika ini kawan akan memburukkan kawannya demi memenangi hati ketua ketua jabatannya. Dan ketua jabatan yang buta kayu atau yang gila puji akan memilih kawan yang makan kawan ini. Dalam erti yang lain seolah-olah tiada lagi sahabat sejati yang ujud di zaman ini.
Apakah syarat untuk memperolehi sahabat sejati itu? Jawabannya tidak lain tidak bukan ialah hendaklah kita bersahabat kerana Allah Taala. Apabila disebut kerana ALLah Taala, ia bermakna persahabatan itu bukan kerana harta dan kepentingan diri. Apabila tiada kepentingan diri maka tidak akan timbul istilah “kawan makan kawan”.
Sebagai sahabat janganlah kita suka menyusahkan sahabat kita. Janganlah kita meminta yang bukan-bukan yang diluar kemampuan sahabat kita atau dengan kata lain janganlah kita mengambil kesempatan diatas sikap murni sahabat kita dengan mengikis hartanya, atau seperti kata orang “pantang lepa ada sahaja kehendaknya”. Persahabatna kerana ALLah Taala adalah syarat utama untuk memperolehi kemurnian dan erti persahabatan sebenar. Sesungguh dalam persahabatan membolehkan pintu syurga terbuka untuk kita. Hakikat ini telah disebut oleh Nabi Sallallah alaihi wasallam bermaksud “tujuh gulungan penghuni syurga iaitu…yang ketujuh iaitu dua lelaki yang bertemu dan berpisah kerana ALLah Taala”.
Maka dari itu pandai-pandailah kita memilih sahabat. Sesungguhnya sikap sahabat sedikit sebanyak akan mempengaruhi sikap kita. Jika sahabat kita cenderung kepada kebaikan, ia akan meneybabkan kita juga menjadi baik, demikian juga sebaliknya. Di akhirat kelak, seseorang itu akan dikumpulkan mengikut sahabatnya .
Dalam suluk tasauf pula, ikhwan yakni sahabat setariqat adalah syarat untuk mengenal keburukan diri. Ilkwan adalah cermin diri ikwannya yang lain (Ia akan dijelaskan dalam bab tasauf).
Wassalam.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor