Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Monday, June 18 | Monday, June 18, 2012

                                             bagi aku, 10 ciri lelaki yang matang ialah lelaki yang :                                      


1) mampu berdikari
- kemana saja dia pergi, dia mampu membawa dirinya dengan baik. tidak bergantung kepada orang lain untuk membuat sesuatu perkara.

2) pandai menguruskan diri
- pakaian yang dipakai sesuai dengannya. tak terlalu bergaya. tak terlalu selekeh. sedang sedang. sedap mata memandang. potongan rambut juga sentiasa kemas. rapi. tidak menyimpan kuku yang panjang. 

3) pembersih
- tempat tido, tempat study, atau ape je tempat yang sinonim dengannya kelihatan kemas dan bersih. tiada baju baju kotor di merata - rata tempat. menjaga adab ketika makan juga. tidak pelahap. 

4) pandai bergaul
- berkawan dengan semua. tidak sombong. tidak merapu dan melucah bila bercakap. menegur orang bertempat. tidak overfriendly.

5) menjaga kebajikan ibu bapa
- mempunyai hubungan baik dengan kedua ibu bapa. selalu bertanyakan khabar mereka. selalu mendahulukan mereka bila hendak membuat sesuatu keputusan. yang penting bukan anak emak! anak emak tu lain. itu anak yang manja.

6) ada perancangan
- mempunyai perancangan untuk masa depan yang cerah. perancangan itu selalu dijadikan motivasi untuk dirinya tuk berusaha sebaik mungkin agar ianya tercapai.

7) gentleman
- lady first! selalu mempunyai cara untuk memikat hati yang tersayang. amboi. bukan kingcontrol tapi tegas bila perlu. tak terlalu memanjakan yang tersayang. menghandle hubungan dengan bijak. aww aww.

8) bijak berbelanja
- tidak menghabiskan duit untuk berpoya - poya! AWAS. :D

9) bijak mengawal emosi
- tidak terlalu jambu. tidak akan sesekali menumpahkan airmata hanya karna hal yang remeh juga karna hal perempuan. kerna airmata lelaki itu sangat mahal. sentiasa cool bila ditimpa masalah. tidak terlalu tampak kerut di wajah. dan masih boleh tersenyum bila disapa. :)

10) mempunyai pegangan agama
bagi muslim, tidak tinggalkan tuntutan wajib. solat dan puasa yang penuh. bole membaca quran dengan baik. 
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor