Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Sunday, June 17 | Sunday, June 17, 2012



Kecurangan. Tentunya perkataan tersebut sudah mampu ‘mengoncang’ dan menggugat kebahagiaan perkahwinan yang telah anda mula bina bersama insan tercinta anda. Betul tak?
Masalah kecurangan dikatakan sebagai salah-satu punca berlakunya perceraian di kalangan pasangan suami-isteri. Lebih spesifik lagi, curang di sini bermaksud campur-tangan orang ketiga dalam sesebuah hubungan rumahtangga.
Zaman sekarang juga dikatakan adalah lebih mudah untuk berlakunya masalah ini disebabkan kecanggihan teknologi yang memudahkan untuk kita berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain.
Cukup! Usah jadikan masalah ini melanda rumahtangga anda. Dalam artikel kali saya ingin berkongsi sedikit bersama anda punca-punca yang boleh menyebabkan masalah kecurangan ini. Semoga anda dapat elakkan pasangan anda daripada berlaku curang terhadap diri anda.
Cuba sebaik yang mungkin untuk kesan dan atasi punca-punca tersebut. Berikut adalah punca-punca yang dimaksudkan:


PUNCA 1: Kurang memberi penghargaan. Menjadi lumrah untuk setiap insan diberi penghargaan setelah banyak berkorban dan bersusah-payah. Anda perlu ringan-ringankan mulut untuk mengucapkan paling kurang pun ‘terima kasih’ kepada pasangan anda jika dia memberi pertolongan kepada anda. Pasangan yang kurang mendapat penghargaan akan mula mencari teman-teman (yang berlainan jantina) lain di luar yang lebih memahami dan menghargai mereka.


PUNCA 2: Gagal melaksanakan tanggungjawab. Perkahwinan ialah sebuah tanggungjawab. Bukan hanya semata-mata demi menjaga kepentingan diri anda sendiri sahaja. Mana-mana pihak tak kira samada si suami ataupun si isteri tidak boleh sesekali mengabaikan tanggugjawab masing-masing.


PUNCA 3: Ketidakpuasan dalam hubungan seks. Ini memang kes berat. Kita tak tahu samada pasangan kita benar-benar puas atau tida dalam hubungan intim. Anda kena tanya pasangan anda secara jujur dan telus. Anda juga boleh perhatikan dari segi perubahan sikapnya. Jika dia semakin ‘dingin’ dan kurang berminat untuk melakukan hubungan intim bersama anda, memang ada kebarangkalian dia ‘makan luar’.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor