Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Wednesday, June 20 | Wednesday, June 20, 2012




Menurut pendapat dahulu kala, lelaki dikatakan lebih pendek umur berbanding perempuan kerana pengeluaran tenaga yang digunakan. Mengikut kajian dari Aesthetic Surgery Journal, Dr Foad Nahai yakni seorang ahli bedah di Atlanta mengatakan bahawa kulit lelaki tidak bertambah tua secepat kulit jantina berlawanan.Perbezaan ini ternyata disebabkan kelenjar peluh yang terkandung di dalam kulit perempuan adalah lebih sedikit berbanding lelaki
1)Apa itu Sebaceous Glands?
Sebaceous Glands atau dalam bahasa mudahnya ialah kelenjar peluh yang berfungsi untuk mengeluarkan minyak yang akan membuatkan kulit tetap lembut. Kesannya kepada lelaki, jumlah kelenjar tersebut sangat banyak seiring dengan waktu, di mana lelaki akan tampak lebih muda berbanding perempuan terutamanya di kawasan sekitar mulut yang akan kurang jelas terjadinya kedutan.
2)Kebanyakan lelaki gemar menggunakan sabun buku berbanding gel mandian.Tahukah kamu bahawa sabun buku merupakan salah satu tempat pembiakan bakteria di dalam bilik mandi? Bakteria akan membiak sebanyak 74% daripada berus gigi sahaja. Ini kerana kadar PH sabun sangat sesuai untuk pembiakan bakteria. Kepada lelaki di luar sana, tidak salah jika menggunakan sabun asalkan penjagaan dan cara pemakaian baik untuk kebersihan.
3)Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membekalkan vitamin serta mineral yang diperlukan bagi penjagaan kesihatan tubuh badan.Makanan yang kaya dengan magnesium seperti beets, kismis, kurma dan kacang soya adalah sangat penting kerana berupaya menjaga lantas membantu pergerakan usus secara berkala.Dr Roizen menyifatkan seorang lelaki perlu makan kira-kira lima genggam buah-buahan dan sayur-sayuran sehari.

4)Satu kajian rawak yang dilakukan kepada 100 orang lelaki,72% lebih rela berbakti di medan perang daripada melakukan bikini wax!
5)Pakar pemakanan,DR Oz menyifatkan lelaki berupaya mengurangkan peluang untuk mendapat barah dengan pengambilan sekurang-kurangnya 800 miligRam makanan yang dipenuhi
folat sehari.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor