Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, January 25 | Saturday, January 25, 2014

Perbuatan aib seorang operator pengeluaran dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang penuntut wanita sebuah universiti tempatan membawa padah apabila didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Hukuman itu diputuskan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh terhadap P Annadorai, 33, yang tenang sebelum mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil.
Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tambahan lapan bulan.
Mengikut pertuduhan, Annadorai yang bekerja di sebuah kilang sawit didakwa menunjukkan kemaluan dengan maksud mengaibkan kehormatan pelajar perempuan itu di bangunan rumah kedai berhampiran kolej kediaman mangsa di Bandar Baru Nilai, kira-kira jam 11 pagi, 27 Oktober tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika disabit kesalahan.
Mohamad Izwan Mohamed Noh ketika menjatuhkan hukuman, berkata beliau menimbangkan keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pihak pendakwaan sebelum membuat keputusan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zanudin.
Mengikut fakta kes, ketika mangsa membuat kertas kerja, dia diberitahu rakan serumah ada seorang lelaki tidak dikenali berada di belakang bangunan kediamannya.
Mangsa kemudian melihat dan mendapati lelaki itu menurunkan separuh seluarnya dan menunjukkan kemaluannya ke arah kediaman mangsamenyebabkan mangsa merakam gambar lelaki berkenaan sebelum membuat laporan polis.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor