Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Tuesday, March 4 | Tuesday, March 04, 2014

KUALA TERENGGANU 3 Mac - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia akibat keracunan makanan yang dipercayai berpunca daripada ayam goreng yang dibeli bapanya di sebuah pasar malam di sini, kelmarin.
Mangsa, Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme dari Taman Desa Salam, Bukit Payung, Marang yang mengalami cirit-birit dan muntah sejak semalam meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang ini ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Turut mengalami simptom berkenaan ialah bapa mangsa, Mohd. Ilme Mat Adam, 31, yang bertugas sebagai anggota Rejimen 512 Askar Wataniah Kem Padang Midin kerana turut memakan ayam goreng tersebut.
"Ketika kami ke pasar malam di sini, saya dan isteri, Siti Zuraiana Mohd. Yusof, 28, membeli nasi goreng, ayam goreng dan kaki ayam goreng serta minuman air keladi.
"Disebabkan hanya saya dan Iqbal yang memakan ayam goreng, kami mengalami cirit-birit dan muntah. Oleh itu, saya percaya ia berpunca daripada ayam goreng tersebut," ujarnya ketika ditemui di HSNZ di sini hari ini.
Menurutnya, doktor di Klinik Kesihatan Bukit Payung turut mengesahkan mereka berdua keracunan makanan.
"Namun keadaan anak saya terus merosot dan lesu ketika diambil dari rumah pengasuh," ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga terbabit sekiranya siasatan mendapati perkara itu berpunca daripada ayam goreng tersebut agar menjadi pengajaran kepada peniaga-peniaga lain.
"Laporan polis telah dibuat dan kami menyerahkan perkara ini kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga, Masyarakat dan Wanita negeri, Muhamad Pehimi Yusof ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kematian mangsa dan menyiasat kes itu.
Katanya, setakat ini, seramai 30 individu keracunan makanan dan dirawat di HSNZ dipercayai akibat membeli makanan di sekitar Kuala Terengganu namun tidak menjelaskan sama ada daripada satu atau ramai peniaga.
"Kita menunggu siasatan berhubung kematian kanak-kanak itu dan sekiranya berpunca daripada makanan yang dibeli di pasar malam tersebut, peniaga terbabit akan dikenakan tindakan," katanya.


Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor