Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Sunday, June 1 | Sunday, June 01, 2014

Kucing merupakan sejenis haiwan berkaki empat yang sangat comel dan manja. Mereka adalah spesies haiwan yang pintar dan berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota.

Memelihara seekor kucing merupakan pengalaman yang mampu memberikan anda keseronokan dan teman bertahun lamanya. Dalam erti kata lain, perasaan memelihara seekor kucing adalah seperti menjadi ibu bapa. Ia merupakan satu tugas yang berat dengan ganjaran tidak ternilai apabila kita dapat memerhatikan sendiri bagaimana mereka membesar, bergerak dan bermain.

Malah jika kita mengamalkan cara penjagaan kucing dengan betul, kucing yang kita belai itu pasti akan sihat dan ceria. Sayangnya, masih ramai lagi yang beranggapan bahawa  agak sukar untuk memelihara seekor kucing.
Betul ke cara penjagaan kucing ni agak rumit?
Pada awalnya mungkin kita akan berasa agak sukar nak memelihara seekor kucing. Sebab tiada pengalaman nak menjaga kucing tersebut. Tapi lama-kelamaan, bila kita dah sayang sangat dengan kucingitu, kita akan berusaha yang terbaik untuk menjaganya.

Antara cara-cara terbaik untuk menjaga kucing :

1. Pastikan korang dan keluarga sudah bersedia terlebih dahulu, sebelum kedatangan anak kucing. Di mana, sediakan keperluan asas membela kucing seperti : permainan, makanan, tandas kucing, alat mencakar atau tempat rehat dan tidur.

2. Sentiasa membelai anak kucing anda. Belaian dari seorang tuan boleh membentuk seekor kucing yang patuh pada peraturan dan rasa disayangi. Jangan sesekali berkasar dengan anak kucing anda ! Perasaan takut boleh terbawa-bawa sehingga dewasa atau selamanya.

3. Pastikan anda memberi perhatian berat dan jagaan rapi kepada anak kucing setiap hari. Ini termasuk "grooming" , mencuci muka (kawasan sekitar mata dan hidung) , dan mencuci telinga. Anda tidak perlu terlalu kerap memandikan kucing, hanya mandikannya jika kucing tersebut dalam keadaan kotor. 

4. Kenalkan kucing anda dengan seluruh kawasan rumah anda. Ini termasuk ahli keluarga, kanak-kanak, haiwan peliharaan, dll. Dengan melakukan semua ini, anda akan membuat kucing kesayangan anda berasa lebih yakin dengan suasana baru dan gembira.

5. Bermain dan bercakap dengannya setiap hari. Kucing yang bosan akan sering melakukan kerosakan di rumah. Kerap bermain dan melayan kucing anda akan merapatkan lagi hubungan anda dengannya. Semua ini bagi mengelakkan kucing anda hidup dalam kebosanan.

6. Sediakan makanan yang pelbagai dan sesuai untuk anak kucing. Ini bagi memastikan anak kucing anda akan biasa dengan pelbagai jenis diet, dan mengurangkan masalah cerewet.

7. Memberi teguran awal adalah penting. Anak kucing juga seperti kanak-kanak kecil. Mereka suka mencuba sesuatu yang diluar jangkaan. Contohnya: mencakar sofa, menggigit, melompat ke tempat tinggi, mencakat langsir, dll. Jika anak kucing anda melakukan semua ini, cuba hentikan mereka dengan mengatakan "stop" atau "jangan" (jangan menjerit, guna nada yang rendah je), dan alihkan anak kucing ke tempat lain, jauh dari tempat kejadian tadi. 

8. Jangan terlalu "memberi muka" kepada anak kucing anda. Sesetengah anak kucing mengeluarkan bunyi "meow" yang berpanjangan jika tidak dapat apa yang mereka mahu. Jika anda melayan kehendak anak kucing anda dengan salah, tabiat mengeluarkan bunyi "meow" yang berpanjangan akan menjadi kebiasaan sehingga dewasa.

9. Pastikan keadaan kucing anda selamat. Jauhi mereka daripada bergaduh, jatuh dari tempat yang tinggi, dibuli oleh kanak2 atau haiwan-haiwan seperti anjing. 

10. Terima anak kucing anda seperti seorang bayi yang penuh dengan semangat dan tenaga. Anda harus terima kerosakan yang dilakukan oleh seekor anak kucing. Jika anda mahu kucing, terimalah apa juga keadaan sekali pun. Ia bukannya sesuatu yang mudah.
Sebenarnya ada banyak lagi cara penjagaan kucing yang berguna yang boleh korang dapat setelah membaca Buku Panduan Lengkap Memelihara Kucing seperti cara menjaga kucing yang sakit dan juga cara untuk menjaga anak kucing.
Saya yakin lepas membaca panduan ini, korang akan dapat menjaga kucing kesayangan korang tu dengan lebih baik dan pasti kucing korang tu akan bertambah sihat dan ceria.




Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor