Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Sunday, June 1 | Sunday, June 01, 2014


KOTA KINABALU – Dua wanita rentung apabila rumah mereka di Kampung Kebunau, Kuala Penyu kira-kira 136 kilometer dari sini hangus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Aliza Jalal, 49, dan Mariani Husaini, 22, yang ditemui mati berdekatan antara satu sama lain di bahagian pintu utama rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Penyu, Hairin Sapin berkata mereka dipercayai cuba membuka pintu untuk menyelamatkan diri namun tidak berjaya.

Mayat mereka dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat.

Pihak bomba yang menerima laporan kira-kira 1.26 pagi masih menyiasat punca kebakaran.

Sumber: Bernama
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor