Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Tuesday, June 10 | Tuesday, June 10, 2014



KUCHING: Polis mengesahkan bahawa bangkai yang ditemui dalam keadaan reput berhampiran lokasi kemalangan maut di Jalan Semarak di sini, bukan mayat bayi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata, sebaliknya pemeriksaan di lokasi yang dijalankan Timbalannya Superintenden Fauzilan Abdul Aziz dan beberapa pegawai kanan lain mendapati bangkai berulat serta busuk itu adalah milik binatang.

“Didapati penemuan tersebut adalah bangkai binatang,” katanya ketika dihubungi pemberita semalam.

Dalam perkembangan lain, jenazah wanita berusia 25 tahun yang maut apaila van dinaiki bersama penumpang lain terbabas dan hampir terjunam ke dalam longkang di Jalan Semarak telah dituntut keluarganya sekitar jam 11 pagi semalam untuk dikebumikan.

Difahamkan, mangsa yang dikenal pasti sebagai Nur Atiqah Nasrin Rakawi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital swasta bagi menerima rawatan.

Penjawat awam itu dikatakan baharu empat bulan berkahwin, apabila terlibat dalam kemalangan bersama lima penumpang lain dalam perjalanan pulang dari institut memandu.

\




www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor