Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Thursday, June 5 | Thursday, June 05, 2014

MUJUR SELAMAT: Wanita mengandung tujuh bulan tersebut mendaftar di HUS untuk mendapatkan rawatan.

KOTA SAMARAHAN: Seorang wanita mengandung tujuh bulan dari Kampung Niup di sini dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kelmarin setelah terkena renjatan elektrik di dapur.

Menurut sumber, mangsa, 27, sedang menceduk nasi dari periuk nasi elektrik apabila berasa arus elektrik melalui badannya ketika kilat dikatakan tiba-tiba menyambar tiang elektrik rumah tersebut.

Dalam kejadian sekitar jam 7 malam kelmarin tersebut, suami mangsa dikatakan sedang memeriksa suis utama kediaman tersebut berikutan elektrik yang tidak stabil.

Mangsa yang tidak mengalami kecederaan serius, bagaimanapun mendakwa badannya berasa kebas.

Bimbang insiden itu menjejaskan bayinya, mereka bergegas ke HUS bagi menjalani pemeriksaan.

Keadaan ibu dan bayi dalam kandungannya dipercayai stabil.



www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor