Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Monday, August 15 | Monday, August 15, 2011


Gejala Mat rempit dan Minah rempit merupakan satu gejala negatif yang serius dan semakin menular dikalangan muda-mudi kita pada hari ini. Mat rempit merujuk kepada kaum lelaki yang menunggang motosikal secara merbahaya. Manakala Minah rempit pula adalah penunggang motosikal kaum perempuan yang menunggang motosikal secara merbahaya ataupun pembonceng kepada Mat rempit.
Mat rempit dan Minah rempit ini bergerak di dalam satu kumpulan yang besar dan melakukan aksi tunganggan yang merbahaya sehingga menganggu pengguna jalan raya yang lain. Apa yang menyedihkan, peringkat umur yang menganggotai kumpulan Mat rempit ini adalah majoritinya pelajar sekolah.
Usia persekolahan merupakan peringkat umur yang paling berada di peringkat teratas yang menganggotai kumpulan Mat rempit dan Minah rempit ini. Kebanyakan Mat rempit menggunakan motosikal yang tidak memenuhi syarat piawaian yang diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) atau (PUSPAKOM). Mereka telah mengubahsuai motosikal mereka daripada tahap standard kepada tahap yang paling laju.
Kelajuan, tahap bunyi bising motor dan tunjukkan aksi yang merbahaya merupakan satu kriteria yang dilihat bagi mengiktiraf seseorang Mat rempit dan Minah rempit itu hebat. Tunjukan aksi yang merbahaya dilakukan bagi mempertontonkan kehebatan dirinya di mata golongan seangkatan dengannya.
Perbuatan itu tidak langsung memikirkan mereka ke arah lembah bahaya yang akan menimpa mereka sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Bahaya tidak langsung difikirkan oleh mereka, namun kepuasan, sorakan, tepukan dan jeritan yang paling maksimum apabila melakukan sesuatu tunganggan yang merbahaya di depan khalayaknya adalah satu keistimewaan dan keperluan bagi mereka. Bagi mereka, sekiranya komponen itu diperolehi oleh mereka, mereka akan  berasa puas dan hebat dan mahu mengulanginya dengan tindakan yang lebih merbahaya.
Antara tindakan yang sering dilakukan oleh Mat rempit dan Minah rempit ini ialah whelley(mengangkat tayar hadapan dan bergerak dengan hanya menggunakan tayar belakang) dan wheelkang(mengangkat tayar belakang ketika memberhentikan motosikal). Tindakan jenis ini sering dilakukan oleh Mat rempit sambil membonceng Minah rempit. Tindakan ini memperlihatkan juga kehebatan Minah rempit yang berani dalam mengimbangi motosikal yang ditunganggi Mat rempit ketika wheelley. Tindakan itu merbahaya dan peristiwa ngeri akan berlaku sekiranya imbangi itu tidak Berjaya diimbangi.

            Di Kuala Terengganu, menjelang hari jumaat di waktu petang mengukirkan senyuman, Mat rempit di negeri ini akan mengganas. Mereka akan bergerak dengan satu kumpulan yang besar bagi melakukan aksi yang membahayakan diri mereka dan pengguna jalan raya yang lain. Lampu isyarat merah di langgarnya,  kenderaan pengguna yang lain dirosakkannya dan pelbagai lagi tindakan yang biadab dilakukan oleh golongan ini. Perlakuan yang kurang ajar dan merbahaya  ini dilakukan oleh mereka biarpun jalan raya pada katika itu sibuk. Tindakan ini bagi menunjukkan kepada orang awam bahawasanya pada hari cuti di negeri itu, merekalah raja dan mereka yang berkuasa di atas jalan raya di sekitar Kuala Terengganu. Tindakan kurang ajar  dari golongan ini ltelah menyebabkan kenderaan pengguna jalan raya yang lain terpaksa memberi laluan kepada mereka untuk beraksi biarpun kenderaan pengguna jalan raya yang lain jauh lebis besar daripada kenderaan tungganggan Mat dan Minah rempit ini. Sekiranya tidak di beri laluan,  mereka akan mengganas dan mangsanya adalah pengguna jalan raya yang lain.
Di Jalan yang menghala ke Wakaf Tapai, Kuala Berang dan Ajil serta jalan Durian Burung di Kuala Terengganu merupakan  litar haram untuk mereka beraksi ketika waktu cuti di Negeri Terengganu. Kumpulan Mat dan Minah rempit yang sangat besar akan mula memenuhi kiri dan kanan jalan raya di kawasan terbabit. Penguasaan mereka di kawasan tersebut telah menyebabkan pengguna jalan raya yang lain menghadapi kesukaran untuk melalui di kawasan tersebut. Penglibatan Minah rempit juga sangat menonjol. Ini menjadikan masalah ini tidak tertumpu kepada kaum lelaki sahaja. Malahan juga kaum perempuan. Pihak polis Di Raja Malaysia perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha membanteras gejala sosial ini. Pihak ibu bapa merupakan institusi yang sangat penting dan terlalu penting peranannya dalam membanteras gejala sosial ini. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka agar tidak terjerumus di dalam kumpulan merbahaya ini.
Ibu bapa janganlah terlau sibuk mengejar kerjaya kerana ini akan memberi peluang kepada anak-anak untuk bertindak dengan lebih liar. Awasi anak-anak. Perhatikan mereka. Perhatikan dengan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi dan awasi tindak tanduk anak-anak anda. Tindakan ini bukan untuk mengongkong  mereka tetapi hanya untuk memastikan mereka tidak terjebak di dalam kancah kehancuran ini dan memastikan mereka sentiasa selamat. Peranan institusi pendidik juga amat perlu bagi membanteras gejala ini. Warga pendidik perlu menyusup masuk elemen-elemen yang positif di dalam setiap proses pengajaran mereka agar pembentukan sifat atau tindakan yang positif dapat di lentur di dalam jiwa pelajar. Perkara ini akan membantu pihak kerajaan dalam membanteras gejala ini.
Peranan diri sendiri juga amat perlu bagi membenteras gejala ini. Pemilihan rakan sebaya yang positif amat perlu bagi memastikan diri seseorang itu tidak terjebak dengan gejala Mat rempit dan Minah rempit ini.  Pemilihan rakan juga akan mempengaruhi diri dan tindakan seseorang. Sekiranya pemilihan rakan sebaya yang negatif akhlaknya, nescaya, seseorang itu juga akan mengikuti sikap, sifat dan tindakan negatif yang ada di dalam diri rakan mereka. Sekira pemilihan rakan sebaya yang lebih positif, maka terpeliharalah akhlak seseorang daripada rosak. Rumusannya disini, marilah kita membanteras masalah atau gejola sosial ini agar tidak merebak ka akar umbi dan generasi seterusnya.
Setiap individu dan kumpulan individu perlu memainkan peranan yang sama penting dalam usaha membanteras gejala Mat dan Minah rempit ini agar pandangan negatif pelancong asing terhadap masalah sosial ini dapat di perbetulkan dan Modal insan dapat dipasarkan dengan lebih meluas serta memajukan Negara di persada  dunia. Secara tidak langsungnya akan membentuk perilaku, peribadi dan sahsiah diri muda mudi ke arah yang lebih unggul dan mantap.

AKIBAT DAN KESAN DARIPADA GEJALA INI :
1.0 Kemalangan jalan raya yang sangat sadis dan ngeri sehingga mengorbankan nyawa.


2.0 Maksiat Berleluasa.




3.0 Seks Bebas.


4.0 Pembuangan Bayi berleluasa


5.0 Pergaduhan Puak.
6.0 Gengsterisme dan jenayah.
LANGKAH-LANGKAH :
1.0 Peranan Kerajaan – Melalui Kempen.
   -Pembanterasan gejala ini secara berterusan oleh pihak berkuasa(PDRM)
  

2.0 Peranan Ibu Bapa.
3.0 Peranan Institusi Pendidikan.




4.0 Peranan Kendiri :



5.0 Peranan Masyarakat :



Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor