Berdasarkan
fakta menarik mengenai buah-buahan yang kami pernah tulis suatu ketika dahulu, “terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96 negara”. Post kali ini kami nak kongsikan satu jenis tembikai iaitu tembikai paling kecil di dunia. Ia diberi nama “
pepquinos” dan tumbuh di Amerika Selatan.

eer tembikai sebesar satu sudu je.. confirm tak puas makan

"saya makan 9 bijik tembikai.. wahahaha"

kalau beli sekilo ni rasanya berapa ratus bijik dapat hohoho

hanya sebesar duit syiling je

errr isi dia macam timun.. -.- manis ke ni bang?

ini rupa pokok dia..
Sedikit informasi tentang pepquinos ini, saiznya hanyalah kira-kira 3cm panjang dan 2cm diameter. Ia bersaiz 20 kali ganda lebih kecil berbanding tembikai biasa. Sebenarnya pepquinos ini adalah “micro-cucumber” (timun mini) yang berkait rapat dengan keluarga tembikai. Dari segi luarannya ia memang kelihatan seperti tembikai tapi bilah dibelah ia akan nampak seperti timun (rujuk gambar #5). Rasanya rangup seperti timun dan biasanya dihidangkan dalam menu di restoran – restoran mewah sebagai appetizer, salad, goreng dan juga sebagai manisan (sorbet). Untuk lebih banyak informasi tentang pepquinos ini, sila rujuk sumber kami :)
0 Org je Komen:
Post a Comment