Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Wednesday, June 20 | Wednesday, June 20, 2012




“Awak ni kenapa? Mesej tak! saya tunggu lama tau. Awak ingat saya tunggul ke apa? Bosanlah! Kalau awak rasa saya dah tak penting tak payah couple, senang!” 

Oh tidak, bom atom sudah meletup. Tiba-tiba si dia rasa seperti ingin angkat kaki dan lari daripada kamu ketika itu. apa yang harus kamu lakukan? Ayuh, REMAJA ada caranya untuk kamu praktikkan.

Semuanya bagaikan tidak kena. Ada ketikanya okey dan ada ketikanya pula macam ribut taufan sahaja hubungan kamu dan si dia. Si dia sendiri pun tak faham dengan emosi kamu. Mana mungkin perhubungan kamu akan kekal selamanya jika kalian sering bermasam muka. Suami isteri pun boleh bergaduh, inikan pula kamu yang masih berkasih-kasihan. Nak tak nak kamu perlu mengendalikan hubungan itu sebaik mungkin. Apa pun jangan terlalu mengikut emosi. Mungkin si dia sibuk atau sebaliknya, kamu sendiri pun tak tahu. Kalau boleh bertanya kepadanya secara elok. Untuk apa membiarkan emosi mengawal diri. Takut lama-lama boleh menjadi barah pula.

Kepercayaan
Kamu kena ingat, kalau rasa percaya dalam diri kamu itu agak goyah pasti perhubungan kamu dan teman lelaki tidak akan kekal lama. Kenapa? Ini kerana kamu tidak mempercayai dirinya. Kamu selalu beranggapan si dia ada orang lain. Saat si dia tidak mesej, kamu mula menganggap si dia sedang berseronok dan melupakan kamu. Aduh! lamakelamaan boleh sakit jiwa dibuatnya. Tolong letakkan sedikit kepercayaan dalam diri kamu. Insya-Allah kamu boleh dan mampu mengelakkan diri kamu daripada dibelenggu dengan perasaan yang tidak enak. Belajar-belajarlah menjaga hati dan perasaan orang lain.

Memahami
Apa salahnya kamu belajar memahami hati kekasih. Bukan susah pun, kamu hanya perlu menyelami hati dan perasaannya. Jangan nak ikut kepala kamu sahaja ya. Sesekali cuba faham kenapa si dia tidak menghubungi kamu atau kenapa si dia dengan secara tiba-tiba membatalkan temu janji yang telah dibuat. Mungkin pada waktu itu si dia sibuk dengan tugasan mahupun kerjayanya ataupun berdepan dengan hal-hal kecemasan. Kamu juga boleh menghantar mesej dan bertanyakan khabar, sekurangkurangnya si dia tahu kamu memahami dan mengambil berat tentang dirinya. Hatinya akan mudah tersentuh dengan cara kamu itu. Pandai-pandailah kamu mengambil hatinya.

Senyum
Resipi untuk mengelak diri daripada rasa marah, kamu hanya perlu senyum! Jangan memaksa diri dan membiarkan emosi merasuk diri. Walau marah macam mana sekalipun, cuba kamu menghadapinya dengan tenang. Untuk apa kamu marahmarah kerana ia sikap yang membuang masa, malah boleh menimbulkan rasa sakit hati. Kalau bergaduh pun, kamu berdua harus cuba menyelesaikannya dengan baik. Harus diingatkan, dengan cara marah itu masalah tidak akan selesai juga. Sebaliknya perasaan berapi-api pula yang akan timbul. Jadi kamu mesti bijak mengawal emosi. Sekiranya kamu dan si dia sama-sama panas baran, alamatnya memang meletuplah kalian. Jangan sesekali kamu bersikap keras hati, belajarlah untuk bertolak ansur kerana itu adalah lebih baik.

Ikhlaskan Hati
setiap kali berlakunya pergaduhan pasti kamu sukar untuk menerima setiap tegurannya bukan? kamu seboleh-bolehnya mahu menegakkan benang yang basah. Dari kesalahan dirinya walaupun pada waktu itu kesalahan semuanya terletak di bahu kamu. Kamu tidak mahu diri kamu seorang sahaja yang dipersalahkan. Adoi, pening kepala si dia melayan perangai kamu. Bayangkanlah apabila si dia cakap A dan kamu pula cakap B? Kenapa mesti begitu? Kamu perlu belajar untuk mengikhlaskan hati dan menerima setiap teguran daripada si dia walaupun kamu berkecil hati. Setiap tegurannya itu pasti berasas. Si dia tidak akan sesekali menegur kamu tanpa sebab.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor