Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Friday, June 22 | Friday, June 22, 2012


MEXICO CITY: Berpuluh-puluh orang berbogel dan mengayuh basikal di bandar Puebla, selatan Mexico, semalam untuk membantah risiko yang terpaksa mereka hadapi di jalan raya.



Dengan tulisan “sekarang kamu nampak saya?” dicat pada badan mereka, peserta protes itu juga berharap dapat menggalakkan aktiviti berbasikal sebagai sumber riadah serta memulihara alam sekitar.

Seorang daripada mereka, Artuto Rivera, berkata pengguna basikal berharap dapat mengubah keadaan melalui aktiviti berkenaan.

Mereka berkumpul di satu daripada jalan paling sibuk di Puebla untuk menarik perhatian orang ramai.

Walaupun sesetengah penunjuk perasaan wanita mengenakan pakaian mandi, kebanyakan lelaki memilih berbogel sepenuhnya ketika mengayuh basikal dalam hujan di tengah Puebla.

Protes itu didorong kematian dua pengayuh basikal baru-baru ini.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor