Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Wednesday, June 20 | Wednesday, June 20, 2012





Seseorang pernah berkata ~ Dalam hidup ini, kita akan jatuh cinta banyak kali. Tapi akan tiba suatu ketika, di mana kita akan berhenti dan benar-benar jatuh cinta buat ke sekian kalinya. Berbahagialah buat mereka yang menemui cinta sejati mereka, kerana bukan semua orang sebegitu bertuah untuk mendapatkannya…


Benarkah kata-kata ini? Apa yang pasti, kita yang dikurniakan dengan akal fikiran yang lengkap, kadang-kadang terlalu mudah jatuh cinta, dan terlalu mudah pula mengungkapkannya. Sehingga cinta menjadi sesuatu yang terlalu murah dan bisa diperolehi di tepi-tepi jalan. Alangkah sadisnya…
Cintakah namanya, apabila hati ingin memiliki? Cintakah namanya, apabila perasaan ingin menguasai? Sebagaimana persahabatan, cinta umpama pasir yg berada di genggaman. Digenggam terlalu erat, pasir akan jatuh ke tanah perlahan-lahan. Tapi dibiar tenang, ia bisa menjadi monumen yang mengkagumkan.
Seseorang yang lain berkata ~ Jika kamu mencintai, lepaskan dia, dan biarkan dia menjadi apa yang dia inginkan, di mana, bila, dan bagaimana, mengikut kehendaknya sendiri.
Jika benar itu cinta, maka cinta pasti akan memulangkan dia semula padamu. Tapi jika tidak, maka percayalah, cinta itu tidak pernah dihadiahkan buatmu, kerana Tuhan telah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu.
Cinta yang sebenar, berdiri atas dasar misteri, berdikari dan sangat berani. Tidak memiliki kewarganegaraan, tidak meminta belaan, dan tidak gentar dengan peraturan.
Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana janji. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana nafsu. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana simpati. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana terpaksa. Bukan cinta namanya, jika kamu bercinta kerana setia.
Cinta adalah cinta, apabila kamu bercinta hanya kerana cinta.
Hanya kerana CINTA…
CINTA mampu memberikan kekuatan luar biasa kepada yang menyandangnya.
Tidak terkecuali, cinta juga dapat membawa kekuatan negatif kepada yang tidak mampu mengendalikannya.
Bagaimana menghadapi situasi apabila disakiti? Ada pelbagai reaksi yang dilakukan manusia terhadap rasa sakit hati. Ada yang menerimanya dengan dendam atau kebencian, namun menyimpannya dalam hati sehingga membuat jiwa tertekan.
Ada juga yang menzahirkan perasaan itu menjadi tindakan yang memusnahkan seperti menganiaya dan menyakiti diri sendiri, bahkan menyakiti pihak yang menjadi punca sakit hatinya itu.
Apa sekalipun, jangan menyimpan sakit hati dan kebencian kerana ia hanya akan merosakkan kedamaian jiwa dan mematahkan semangat.
Untuk mereka yang sering sakit hati ketika bercinta, renungkan panduan berikut:
# Jangan bercinta kerana simpati dan kasihan. Anda tidak akan menjadi dewi atau dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia.
# Melirik kepada jejaka atau gadis lain. Cinta bukan penghalang untuk anda meluaskan pergaulan, namun perlu ada batasan tertentu. Walaupun niat sekadar cuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka mahupun gadis lain, ia mungkin boleh membawa kepada kecurangan.
renung2kan…..
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg
NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor