Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Saturday, June 23 | Saturday, June 23, 2012



KUALA LUMPUR: Pertengkaran sepasang kekasih berakhir tragedi apabila lelaki berusia 35 tahun menyimbah petrol sebelum membakar teman wanitanya hingga menyebabkan 90 peratus tubuh mangsa melecur, awal pagi semalam.



Kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi itu turut menyebabkan ruang tamu rumah flat mereka di Taman Segar, Cheras di sini, musnah apabila api merebak.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki terbabit dan mangsa yang berusia 23 tahun dikatakan tinggal bersama di rumah itu sejak lebih setahun lalu. 

Menurutnya, polis sebelum itu menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai pertengkaran pasangan terbabit di rumah mereka di Blok C yang mengganggu ketenteraman penduduk lain.sumber
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor