Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Sunday, June 1 | Sunday, June 01, 2014


ALOR SETAR - Bayangkan semangkuk ais kepal berharga RM80,000!

Tetapi harga itulah yang dibeli pada Karnival Amal Hari Penyayang 2014 Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), semalam.

Rekod pembelian ais kepal termahal dipegang Pengarah Urusan Epic Valley Holding Sdn Bhd, Tan Sri Dr Fng Ah Seng sejak lima tahun berturut-turut.

Menurut beliau, sejak tahun 2010 jualan ais kepal di karnival amal itu menarik perhatiannya untuk dibeli sebagai salah satu inisiatif yang disediakan pihak penganjur kepada orang ramai untuk memberi sumbangan bagi tabung YSB.

“Ini adalah satu tanggungjawab kita mengikut kemampuan untuk memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan khususnya bagi rakyat negeri Kedah yang memerlukan.

“Pertama kali pada tahun 2010 saya sumbang RM10,000 dengan membeli ais kepal ini, kemudian pada tahun 2011 hingga 2013, saya beli dengan harga RM50,000. Pada tahun ini saya tingkatkan jumlah sumbangan kepada RM80,000,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pembelian oleh Dr Fng itu juga mengatasi harga pembelian lain dan menjadikan jumlah jualan ais kepal bagi dana tabung YSB berjumlah RM102,500 untuk tempoh sehingga tengah hari semalam.

Ahli perniagaan itu turut membida dua daripada 20 barangan dilelong bagi mengumpul dana tabung YSB.

Barangan itu berupa sebuah lukisan potret Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah mengenakan satu persalinan baju Melayu dibida pada harga RM60,000.

Satu lagi bidaan adalah lukisan bertajuk 'Horses of Succes' pada nilai RM30,000.

Dr Fng berkata, pembelian ais kepal dan bidaan dua lukisan yang dibuat itu adalah untuk membantu usaha YSB dalam memberi perhatian terhadap golongan kurang bernasib baik.

“Nilai sebenar ais kepal tak penting, apa yang penting tanggungjawab membantu golongan kurang bernasib,” katanya.

Jumlah keseluruhan dana terkumpul dari bidaan 20 barangan ditawarkan berjumlah RM750,000 tidak termasuk pembelian ais kepal.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor