Soalan :
Ustazah, apa hukumnya menonton filem/video porno?
Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad
Jawab :
Filem atau video porno/lucah adalah gambar bergerak yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu seksual penontonnya yang lazimnya menampilkan adegan aktiviti seksual. Filem porno secara umum dibagi dua kategori, softcore dan hardcore. Softcore adalah yang tidak menampilkan adegan seksual secara melampau, sedang hardcore menampilkan aksi yang melampau lucahnya. Filem porno dijualbeli dan disewakan dalam bentuk DVD, dipertunjukkan melalui internet, atau saluran TV khusus, layanan bayar (pay-per-view) melaui kabel dan satelit, juga di panggung-panggung wayang.
Menurut Syaikh ‘Atha` Abu Rusytah, menonton filem porno hukumnya haram, meski itu hanya gambar dan bukan kenyataan yang sebenarnya. Dalilnya kaedah fiqih : الوسيلة الى الحرام حرام (Segala perkara yang membawa kepada haram, hukumnya haram).
Menurut beliau, pengamalan kaedah ini tidak mensyaratkan perkara itu akan mengakibatkan keharaman secara pasti, tapi cukup ada dugaan kuat غلبة الظن)) , sarana itu akan mengakibatkan pengharamannya. Kerana pada umumnya, filem porno akan mendorong penontonnya melakukan perkara haram, seperti onani, mencabul kehormatan dan seterusnya zina. Maka kaidah fiqih tersebut dapat digunakan untuk kes ini sehingga hukum menonton filem lucah adalah haram. (Ajwibah As`ilah, 10/10/2006).
Syaikh Ziyad Ghazzal juga menegaskan pengharaman menonton filem porno dalam kitabnya Masyru’ Qanun Wasa`il al-I’lam, hal. 75.
Dalilnya sabda Rasulullah SAW bermaksud ”Kedua mata dapat berzina, dan zina keduanya adalah melihat. Kedua telinga dapat berzina, dan zina keduanya adalah mendengar. Lidah zinanya dengan bicara. Tangan zinanya dengan menyentuh yang haram. Kaki zinanya dengan melangkah ke tempat maksiat . Hati zinanya dengan berhasrat dan menginginkan. Dan kemaluan akan membenarkan atau mendustakannya.” (HR Muslim).
Syaikh Ziyad Ghazzal menjelaskan wajhul istidlal (cara mengambil kesimpulan hukum) dari hadis tersebut sebagai berikut. Kalau zina telinga yang diharamkan itu dengan mendengarkan cerita tentang zina, maka lebih-lebih lagi kalau melihat gambar orang berzina. Karena melihat gambar orang berzina lebih jelas dan lebih besar pengaruhnya ke dalam jiwa daripada sekadar mendengar cerita zina. Maka melihat filem porno hukumnya haram. (Ziyad Ghazzal, Masyru’ Qanun Wasa`il al-I’lam, hal. 76).
Dikecualikan dari keharaman ini, pihak-pihak yang mempunyai keperluan syar’i (hajat syar’iyah), yaitu keperluan yang dibenarkan hukum syariah. Misalnya, polis, atau hakim (qadhi) yang akan menjatuhkan hukuman untuk pelaku suatu filem porno. Dalam kondisi seperti ini, boleh hukumnya pihak-pihak tersebut melihat filem porno dalam rangka pemeriksaan tanpa berlebih-lebihan atau mengambil peluang.
Dalilnya adalah hadis dan Ijma’ Shahabat. Diriwayatkan ketika Nabi SAW mengangkat Sa’ad bin Muadz sebagai hakim untuk menghukum mati kaum lelaki Yahudi Bani Quraizhah, Sa’ad telah membuka sarung mereka untuk mengetahui mereka sudah dewasa atau belum. (HR Al-Hakim dan Ibnu Hibban).
Pada zaman Khalifah Utsman, seorang lelaki pencuri tertangkap. Khalifah Utsman memerintahkan para sahabat untuk melihat aurat di balik kain sarungnya. Ternyata rambut kemaluan pencuri itu belum tumbuh sehingga dia tak jadi dipotong tangannya. (HR Baihaqi). Hal ini diketahui para shahabat dan tak ada yang mengingkarinya sehingga terwujudlah Ijma’ Shababat. (Taqiyuddin an-Nabhani, an-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam, hal. 40).
Dalil-dalil ini membolehkan melihat aurat jika ada keperluan yang dibenarkan syariah. Kalau melihat aurat dibenarkan, maka melihat gambar aurat seperti filem porno juga diperbolehkan, jika ada keperluan yang dibenarkan syariah, seperti pemeriksaan oleh polis atau hakim. Manakala keadaan lain tidak dibenarkan sama sekali.
Kesimpulan,
Adalah di harapkan para remaja muslim menjauhkan diri dari menonton bahan-bahan lucah ini demi menjaga kesucian rohani, kerana anda telah maklum dari Hadis Nabi di atas akan hukum tersebut sama seperti berzina (zina kecil). Apabila hati dan fikiranmu telah kotor maka itu bermakna ia akan menjadi sarang syaitan. Lantas syaitan yang sentiasa aktif itu akan mendorongmu untuk sentiasa berada di jalannya yang sesat itu, mereka akan mengajakmu untuk mengulangi perbuatan itu berulangkali. Bahkan akan mendorongmu ke jalan yang lebih buruk lagi malahan tidak akan berhenti sehingga kamu akan melakukan dosa yang lebih besar dari itu. Na’uzubillah.
Sedarlah bahawa ini diantara perancangan musuh kita (Yahudi dan Kristian) untuk memusnahkan ummat Islam melalui pintu-pintu maksiat. Jauhi sama sekali dari mencubanya. Katakan pada dirimu: ”Aku mahu manjadi pemuda/pemudi Islam seperti Ibnu Abbas, Harithah, Salahuddin Al Ayyubi atau Muhammad al Fatih, yang mendaulatkan Islam dimuka bumi”. Atau katakan: ”Aku mahu menjadi pemuda/pemudi yang hidup mengabdi diri dan taat kepada Allah sejak usia remaja lagi untuk menggapai janji Allah sebagai orang yang mendapat lindungan Arasy Allah dihari yang tiada lindungan kecuali lindunganNya(padang Mahsyar)”.
Untuk menjadi pemuda demikian kau mestilah menjauhi maksiat samada dari matamu atau telingamu atau hatimu, malah tangan dan kakimu. Jika ada ajakan dari syaitan maka bayangkan dalam dirimu bahawa Allah Yang Maha Melihat mengetahui apa yang kau lakukan. Katakan pada dirimu : “Allah sedang melihatku” . Maka akan sirnalah keinginan tersebut lantaran cahaya imanmu itu dan pasti akan terpelihara seluruh pancainderamu.
Para ibubapa juga wajib mengawasi anak2 yang melayari internet atau buku-buku bacaan mereka.
Semoga iltizam kita dalam mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya akan menghantar kita ke gerbang kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Wallahu a’lam
Ust.Shahidah Sheikh Ahmad
0 Org je Komen:
Post a Comment