Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Monday, May 12 | Monday, May 12, 2014

Tunangku Tidak Tampan. 
Part 25 ( Tamat Season 2 )
----- 

"Allahuakbar!"

Zam melompat tinggi. Kedua-dua kakinya ditujukan ke arah pintu yang sedang marak terbakar. Sekuat tenaga. Semampu daya.

Zam terhempas ke lantai. Kasut sekolahnya terbakar. Dihayun dan ditenyehkan kasutnya ke dinding berulang kali hingga padam api di tapak kasut. 

"Tak berhasil!"

Zam menjerit geram.

Zass!!

Zam merasa gerakan angin pantas orang di belakangnya bergerak ke hadapan. Faizal pula datang menerajang pintu dengan kakinya yang tidak cedera!

Sama. Masih tidak ada hasil. Asap makin tebal. Bahang makin terasa. Peluh membasahi tubuh kedua-dua jejaka yang terperangkap dalam stor.

Faizal menggigil kuat.

"Habislah kita! Habislah! Mati!"

Zam tidak putus asa. Dicarinya sesuatu dalam stor yang boleh dimanfaatkannya. Jumpa tiang besi berkarat. Diambilnya. Menuju ke pintu berapi. Teori Zam, pasti pintu tersebut sudah mulai rapuh akibat dimamah api. Kali ini mesti berjaya.

"Hiyargh!"

Zam memukul pintu dengan besi sebesar lengan di tangannya. Dipukulnya berkali-kali. Matanya langsung tidak pejam. Lidah-lidah api terpercik ke badannya. Lagi-lagi. Dihentamnya lagi.

Faizal melihat Zam bagai terasuk. Bertubi-tubi menghentam pintu yang tengah menyala tanpa menghiraukan dirinya sendiri. Faizal tidak berani menghampiri Zam yang tengah menggila. Hendak ditahan, tidak berdaya. Dia sendiri tengah bertarung dengan asap tebal. Pandangannya makin pudar. Kelam.

Faizal terdampar sendiri. Pitam.

Zam tiba-tiba berhenti. Berundur ke belakang beberapa langkah. Kemudian, memecut ke depan dengan pantas.

Melompat dan..

Menerajang sekuat-kuatnya!

PRAKKK!!

Pintu berjaya dipecahkan!

Zam mengucap panjang. Rupa-rupanya, di luar sana sudah terbakar lebih teruk dari bahagian depan stor. Jalan berapi berliku di hadapan. Api telah pun merebak ke kelas berdekatan dalam masa yang singkat. Angin agak kuat di luar mempercepatkan lagi proses pembakaran dari kelas ke kelas. Hampir sebahagian tingkat 4 dijilat api. Siling stor sudah pun menyala-nyala api. Asap hitam berkepul naik ke udara.

Zam buntu. Andai diredahnya, seluruh tubuhnya akan terbakar. Dia yakin boleh berlari selaju mungkin turun ke tangga. Namun, bagaimana dengan Faizal? Tak mungkin dia tinggalkan pemuda tersebut rentung di dalam api. Tak mungkin dia pentingkan dirinya sendiri. Andai ditinggalkan jua, mungkin penyesalan akan menghantuinya untuk seumur hidup.

Zam terduduk di sebelah Faizal. Kecewa.

"Maafkan aku, Faizal. Aku dah cuba sedaya upaya. Aku tak sanggup tinggalkan kau berseorangan walaupun untuk berlari sekejap ke tingkat bawah cari pemadam api. Aku takut. Takut bila aku naik kembali, aku tak sempat selamatkan kau."

Zam mulai sesak nafas. Asap tebal sudah tidak mampu dihirupnya lagi. Matanya mulai berpinar-pinar. Rebah perlahan-lahan di sisi Faizal.

Sebelum matanya tertutup, dia nampak seseorang masuk.

"Zam! Cepat!"

Lelaki itu memapah Zam dan Faizal cepat-cepat. Menarik mereka sesegera mungkin.

Api menjalar cepat ke arah timbunan tin-tin cat lama, tin-tin peluntur kimia dan thinner yang bertimbun dalam stor.

BOOOOM!!!

Telinga Zam berdesing kuat.

***

Desingan di telinga makin berkurangan. Terasa seperti di ruang vakum sekejap tanpa ada apa-apa bunyi.

"Zam, cepat terjun!"

Zam buka mata. Dia sedang berdiri di muka pintu di tempat tinggi. Eh? Di langit biru!

"Cepat Zam! Helikopter dah tak dapat dikawal lagi! Dah kena bedil!"

Zam cemas. Dengan segera dia terjun dengan paracut di belakangnya. Kecut perut tengok pemandangan di bumi. Beribu kaki di langit. Hampir saja jantungnya hendak tercabut. Gayat.

Zam celaru seketika. Seingatnya, tadi dia bersama Faizal terperangkap di bilik stor yang sedang dijilat api. Sekarang, dia berada di atas helikopter? Sungguh, dia pening! Dia pasti satu saja, kejadian ketika koma dulu berulang kembali.

Tapi, bila dia amati, ini bukan mimpi. Betul-betul terjadi. Kalau dia lambat buka payung terjunnya, pasti tubuhnya itu akan hancur berkecai terhempas di tanah. Zam fokus kembali.

Faizal terjun sejurus Zam terjun. Kemudian, ada seorang lagi lelaki terjun bersama.

Abang jaga.

Helikopter yang hilang kawalan tadi mereka lihat berpusing-pusing sekejap di awanan sebelum terhempas dan meletup tidak jauh dari mereka.

Ketiga-tiga lelaki itu membuka paracut masing-masing. Membuat pendaratan cemas di sebuah kawasan lapang yang berbatu-batu dan berpasir. Terselindung di balik bukit.

Zam terasa hairan, nampak seperti dirinya mahir sekali mengendalikan paracut. Tangkas menguraikannya dari badan. Kemudian, menyembunyikannya dari pandangan. Faizal dan abang jaga juga dilihatnya sama.

Abang jaga menghampiri,

"Zam, ingat misi kita di sini. Tugas kita adalah membantu para mujahidin sunni Syria melawan Basyar Assad. Hapuskan konco-konco Syiah yang ada di sini!"

Zam mendengar abang jaga bercakap dalam Bahasa Arab. Namun, difahaminya dengan jelas. Malahan, dirinya sendiri membalas dalam bahasa yang sama. Hairan. Faizal pun sama.

Dia meraba wajahnya. Parut tetap ada. Cumanya dia berjanggut. Begitu juga Faizal. Janggut Faizal keperangan.

"Zam, kau okay ke? Dari tadi lagi aku tengok kau gelisah saja. Kau takut mati?"

Faizal menyapa sambil membetulkan baju celoreng askarnya. Zam terkedu sendiri. Faizal menyandang senjatanya bersama bekalan peluru di jaket. Nampak gagah gaya seorang tentera terlatih.

"Apa yang kau takutkan? Tadi, kita berjaya rampas helikopter milik Basyar dengan hebat sekali. Kemudian, mereka bedil helikopter mereka sendiri bila kita berjaya terbangkannya. Nah. Sekarang, kita masih hidup. Maknanya apa? Maknanya, Allah suruh kita ribat fi sabilillah lagi. Dia nak kita hapuskan penjenayah perang Basyar Assad sebelum kita syahid. Bi iznillah, dengan izin Allah, kita dah 6 bulan berjuang di sini tanpa sedikit pun rasa gentar. Kenapa kau takut sekarang, sahabat? Jangan takut. Allah bersama-sama kita. Tidak mungkin Allah bersama orang-orang yang menyembelih wanita dan kanak-kanak tidak berdosa dengan sesuka hati. Pastilah Allah bersama mereka yang membela dan menyelamatkan mereka semua."

Faizal menepuk-nepuk bahu Zam.

Zam terkagum sendiri dengar kata-kata Faizal. Abang jaga pula bersuara,

"Sekarang ni, dah tak guna lagi kita balik ke negara kita. Pihak berkuasa telah isytiharkan kita semua yang berjihad di sini sebagai militan dan pengganas. Balik nanti, akan merengkok dalam penjara. Sudah tidak ada istilah 'balik' lagi sekarang. Jihad tetap jihad. Hidup ini pasti mati. Mati yang paling mulia adalah mati syahid. Apa guna hidup seperti biasa, tapi Islam diperlakukan tidak berharga. Apa guna hidup andai mati agama!"

Zam melihat dua pejuang di depannya itu tekad. Tidak berganjak pendirian mereka.

Ketiga-tiga lelaki itu bergerak menuju ke tempat yang lebih tersorok dari pandangan. Mereka berada di Aleppo. Di kawasan bernama Bustan al-Qasr. Zam melihat kiri dan kanannya. Hampir seluruh tempat di situ lumpuh. Tiada lagi bangunan tersergam indah. Semuanya dah robek seperti sarang anai-anai. Saki-baki penduduk tempatan yang tidak melarikan diri ke penempatan pelarian di sempadan Jordan dan Turki, masih ada bersembunyi di balik runtuhan-runtuhan bangunan. Dengan harapan keamanan akan muncul semula. Atau cuma tunggu ajal yang datang menjelang.

Mereka akan bergabung dengan beberapa kumpulan mujahidin lain di daerah Ismailiah yang tidak jauh dari situ. Ada misi penting akan dibincangkan di sana malam ini. Misi besar-besaran.

Di bahu Zam tersisip kemas senjatanya, M107 Long Range Sniper Rifle (LRSR) yang dirampasnya dari tentera Syiah laknatullah yang berjaya dibunuh. Senjata buatan U.S. Bekalan senjata jelas sekali datang dari barat untuk membantu Syiah mengganas di bumi para ulama itu. Di bumi itulah Ibnu Kathir mufassir terkenal al-Quran dilahirkan. Di bumi barakah itu jualah bersemadinya jasad para sahabat Nabi s.a.w. seperti Sayyidina Bilal bin Rabah, Muawiyah, Khalid al-Walid, Abu Darda' dan Abu Hurairah. Malahan, tokoh-tokoh terkenal seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Imam Ibnu al-Arabi jua disemadikan di sana.

Syiah datang adalah demi menghapuskan seluruh peninggalan umat Islam Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Supaya tidak tinggal sedikit pun sisa untuk tatapan generasi akan datang. Malahan, misi mereka adalah demi menakluki dunia ini dengan penghapusan etnik Islam Sunni seluruhnya. Untuk menebarkan jalur ekstremis agama, sekularisme serta kapitalisme di samping bersekongkol dengan kuasa besar dunia demi memperkukuhkan lagi legasi Syiah sesat sedunia.

Ketiga-tiga pejuang itu berjalan dengan hati-hati. Menyelit-nyelit di balik runtuhan-runtuhan bangunan. Mereka tahu, sniper Assad ada di mana-mana. Tali barut yang menjadi anjing suruhan Assad juga berkeliaran seperti spy.

Malam menjelma.

"Kita berhenti solat di sini dulu."

Abang jaga bertindak sebagai ketua antara mereka bertiga.

"Abang solat dulu dengan Zam. Saya jaga."

Faizal mengawasi tempat itu. Memastikan kehadiran mereka tidak dilihat sesiapa.

Abang jaga dan Zam bersolat berjemaah. Solat taubat dan hajat tidak dilupakan. Itulah bekalan rohani mereka. Agar kental semangat menghadapi musuh. Dalam keadaan darurat perang, apa yang lebih penting melainkan pertolongan Allah? Sama juga dalam kehidupan seharian kita, apa yang lebih utama dari mengharapkan bantuan dan kasihan belas Allah? Jika tiada bahu untuk bersandar, masih ada lantai untuk bersujud. Jika tiada suara untuk meluah rasa, masih ada hati untuk berdoa.

Faizal terdengar sesuatu di balik bangunan yang runtuh. Segera dikeluarkan pistol semi-automatik M1911A1 miliknya. Perlahan-lahan bergerak ke arah bunyi yang datang. Dia nampak seseorang berselindung di balik ceracak besi lantai bangunan. Perlahan-lahan bergerak ke belakangnya.

"Sunni atau Syiah?"

Sambil pistolnya ditekankan betul-betul di belakang kepala pendatang itu.

"Demi Allah! Jangan tembak! Kami penduduk sini! Bukan orang Assad laknatullah!"

Faizal menurunkan pistolnya. Namun, tetap berhati-hati. Andai apa-apa, dia dah sedia untuk pulas tengkuk orang di depannya itu.

"Jemput datang ke tempat persembunyian kami lepas ni."

Anak muda itu tersenyum pada Faizal.

**

Ketiga-tiga lelaki itu mengikut anak muda yang berkaki ayam itu masuk ke dalam lubang di bawah runtuhan bangunan tiga tingkat. Ada terowong kecil. Mereka berjalan 5 minit sebelum sampai ke tempat persembunyian anak muda itu.

Lebih kurang lima belas individu bersembunyi di dalam lubang bawah tanah. Mereka menyambut ketibaan ketiga-tiga lelaki itu dengan senyuman dan penuh mesra. Itulah akhlak muslimin di sana. Biarpun tidak berumah, tetamu tetap istimewa pada mereka. Lebih-lebih lagi para mujahidin yang berjuang demi agama. Tidaklah seperti di negara sendiri, sengaja dibina rumah dengan pagar-pagar tinggi agar tidak dimasuki pengemis dan tetamu. Tidak dialu-alukan.

"Kami baru sudah makan malam. Ada sedikit bijirin jagung yang kami kutip siang tadi untuk kamu. Jemputlah duduk dan makan dulu."

Ada tiga wanita di situ bantu menyediakan makanan untuk Zam bertiga. Mereka semuanya bertutup. Hatta kepada wajah mereka. Aurat tetap dijaga walaupun dalam keadaan darurat. Berbeza sekali dengan wanita di tanahair sendiri. Darurat atau tidak, buka aurat lebih daripada orang dalam teritori perang. Bila agama hidup dalam jiwa, pasti berbeza.

Sambil makan, seorang budak kecil datang duduk di sebelah Zam.

"Boleh saya ikut berperang sama? Saya juga mahu mati Syahid. Supaya bila saya jumpa Allah, saya akan minta pada Allah balas seluruh kejahatan Basyar al-Assad."

Zam mengusap-usap kepala budak kecil itu. Sayu. Zam tahu, ramai kanak-kanak di negara bergolak itu punya jiwa yang sama seperti ini. Mana tidaknya, ibu bapa mati disembelih di hadapan mata. Ditembak berderai satu keluarga. Harapan hidup pun tipis. Tubuh badan tidak sempurna di Syria adalah pemandangan biasa di mana-mana. Tiada tangan, tiada kaki, tiada keduanya. Hampir cacat keseluruhannya pun ada.

"Boleh, dik. Tapi, selepas abang pergi dulu ya. Kalau tak, siapa nak ganti abang nanti?"

Zam mengusap pipinya yang comel itu. Budak kecil itu tersenyum.

**

"Kita kena gerak. Sekarang. Kita tak boleh lama di sini, kehadiran kita hanya akan membahayakan nyawa mereka."

Abang jaga bersuara. Faizal dan Zam bangun serentak.

Tiba-tiba bunyi derapan banyak tapak kaki di luar terowong.

"Anjing-anjing Basyar datang! Lari!"

Lelaki dalam kumpulan itu segera mengarahkan keluarganya beredar dari situ. Menuju ke hujung terowong. Abang jaga, Faizal dan Zam bersedia dengan senjata masing-masing. Mengambil posisi masing-masing.

Bersedia dengan segala kemungkinan.

Debaran muncul bertalu-talu dalam benak dada Zam. Namun, dia segera teringat kata-kata perjuangan yang ditiupkan oleh Al-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi seorang doktor Hamas, tokoh pejuang Palestine,

"Kematian tetaplah kematian, meskipun mati kerana dibunuh atau kanser. Sama sahaja. Tidak ada bezanya, mati disebabkan oleh sebuah ‘apache’ atau serangan jantung. Tetapi aku lebih memilih terbunuh oleh ‘apache’."

Jua kata-kata Syed Qutb,

"Kezaliman walau sekuat mana pun akan hancur. Kebenaran walaupun kelihatan lemah. Namun, ia tetap akan muncul!"

"Tutup hidung! Pakai goggle!"

Abang jaga mencampakkan gas pemedih mata di dalam terowong secepat kilat. Asap memenuhi ruangan terowong.

Askar Syiah seramai lebih kurang 20 orang menyerbu ke dalam. Faizal tidak berlengah lagi terus membidik setiap seorang yang masuk. Lima tumbang dibunuh Faizal.

"Allahuakbar!"

Tentera Syiah juga melepaskan tembakan rambang dalam kekalutan asap yang memedihkan mata. Percikan-percikan api dari senjata masing-masing memudahkan abang jaga mengesan kedudukan mereka. Dihalakan rifel M24 ke arah musuh. Satu persatu tewas di tangan abang jaga.

Zam dalam posisi stand-by. Diperhatikan saki-baki kumpulan Syiah tadi berundur ke belakang. Enggan masuk ke terowong. Telinganya menangkap bunyi bising dari atas terowong.

"Abang, Faizal! Gerak sekarang! Rocket launcher!!"

Abang jaga dan Faizal tidak tunggu lagi. Bergegas ke hujung terowong secepat mungkin. Berlari dan berlari dalam keadaan terowong yang cukup sempit.

Sampai di hujung terowong. Terus abang jaga dan Zam meloncat keluar dari lubang ke permukaan.

BOOOOOM!!!

Peluru berpandu telah dilancarkan di dalam terowong. Meledak meletuskan lubang itu. Percikan api menerobos lubang-lubang berhampiran. Bertebaran batu-batu tersembur ke permukaan.

Zam berpaling. Mencari Faizal. Tak ada.

"Faizal!"

Faizal tak berjaya keluar dari terowong. Syahid. Hancur berkecai diterpa peluru berpandu.

"Zam, cepat!" Abang jaga menarik Zam yang terkaku di permukaan terowong.

Kali ini giliran abang jaga pula terhenti pergerakannya. Zam menoleh ke depan. Terkesima.

Seluruh keluarga dalam terowong tadi telah dibunuh. Darah berserakan di lantai runtuhan. Cebisan daging bertaburan. Kepala terpisah dari badan. Termasuk adik yang bercakap dengan Zam tadi. Hampir seluruh badannya tiada. Rupa-rupanya askar Syiah telah menanti di muka terowong menanti para pelarian.

Abang jaga segera menarik Zam ke tepi. Menyorok. Yang terkorban tadi semuanya lelaki. Mereka lihat askar Syiah menyeret wanita-wanita ke arah trak mereka. Mereka ketawa terbahak-bahak. Kedengaran jelas di telinga mereka.

"Wanita-wanita ni semua jadi lauk kita malam ni! Hahaha!"

Tidak lain tidak bukan. Mereka akan memperkosa sampai mati jika mereka dapat tangkap wanita Sunni. Zam teringatkan peristiwa seorang wanita diperkosa dengan speaker dipasangkan supaya satu daerah dapat dengar jeritannya. Zalim!

"Celaka!" Zam geram menumbuk lantai.

"Syhh..mereka ingat kita dah mati dalam terowong tadi." Abang jaga beri isyarat pada Zam.

"Kau serbu dari belakang. Aku dari depan. Cepat!"

Zam mengambil posisi di balik tiang. Diacunya senjata tepat pada kepala musuh dari jarak jauh. Ada dalam 10 orang.

Abang jaga pun berbuat yang sama. Dia berikan isyarat pada Zam. Sekarang.

Tembakan bertalu-talu dilepaskan oleh abang jaga dan Zam ke arah askar Syiah. Kelam kabut mereka. Satu demi satu tumbang. Ada yang berderai kepalanya. Wanita-wanita itu semua meniarap ke lantai supaya tidak terkena tembakan.

Zam tidak dapat mengawal perasaan lagi. Dia keluar dari balik tiang dan berlari terus ke arah askar Syiah yang masih ada. Ditembaknya bertubi-tubi saki-baki musuh yang ada. Biar mati kesemuanya. Biar sampai ke neraka semuanya. Zam betul-betul menggila. Sakit hati atas kematian Faizal. Sedih hati dengan kematian seluruh keluarga yang baik hati tadi.

Zupp!!

Tangan Zam terpisah dari tempatnya. Askar Syiah melibaskan pedangnya ke arah Zam dari arah sisi tanpa disedarinya. Senjatanya tercampak ke bawah. Darah terpercik keluar dari tempat yang putus. Zam merasai kepedihan yang sangat dahsyat.

Abang jaga tak tunggu lama. Segera menembak askar tadi dari jarak jauh. Tepat ke kepalanya.

Zam terbaring ke tanah. Kedua-dua tangannya sudah dulu rasai syahid.

Askar Syiah semua dah mati bergelimpangan. Abang jaga berlari mendapatkan Zam. Segera mengarahkan wanita-wanita tadi lari dari situ.

Abang jaga memangku Zam.

"Zam, Zam! Buka mata kau Zam!"

Zam kehilangan banyak darah.

"Zam, kau tak boleh mati! Kau kena terus berjuang!"

Zam tersengih dalam keperitan.

"Kau dah lupa? Sejak sekolah lagi aku nak Syurga. Sekarang, aku dah hampir kepada Syurga. Berjuang memang pahit. Kerana Syurga itu manis."

Abang jaga memeluk Zam. Air matanya berderai jatuh. Teringat Al-Syahid Hassan al-Banna pernah berkata,

"Tiada ertinya hidup manusia, selain dari masa-masa yang dia beramal, semenjak dari lahir hinggalah ke saat yang terakhir!”

Amal yang membawa ke Syurga. Syahid adalah jalan pintasnya!

Abang jaga memandang ke langit. Dua buah apache Syiah berlegar menuju ke arah mereka. Dengan sebelah tangannya, abang jaga menghalakan senjatanya menembak bertubi-tubi ke arah pesawat pejuang Syiah tersebut. Nak lari, tiada jalan lagi.

Hasbunallahu wanikmal wakiil.

Enam peluru berpandu Hellfire dari apache dilepaskan ke arah mereka. Zam tersenyum menanti. Jiwa yang sudah rela bertemu Tuhannya.

Abang jaga bertempik sekuat hati.

"Lailahaillallah! Allahuakbar!!"

Diikuti dengan dentuman yang menggegarkan bumi yang memekakkan telinga.
Hancur luluh menjadi debu.

Membingitkan telinga.

***

Zam membuka matanya. Berada di hospital. Sekali lagi, Zam telah melalui mimpi yang panjang.

Mengucap berkali-kali. Dia pun hairan dengan dirinya sendiri. Kenapa sering mimpi yang pelik-pelik terjadi seperti benar-benar berlaku pada dirinya?

Bukan mimpi biasa. Ada nilainya sendiri.

Kedua-dua tangannya pedih. Ada kesan melecur.

Dah pukul 5 pagi.

Teacher nampak sugul sedang menanti di dalam wad. Teacher paling awal datang setelah mendapat berita kebakaran berlaku di sekolah.

Sebaik saja melihat Zam sedar, dihampirinya jejaka tersebut.

"Faizal mana, teacher?"

Teacher tak menjawab. Hanya air mata mengalir di pipinya.

"Faizal tak berjaya diselamatkan. Meninggal akibat sesak nafas."

Zam terkedu. Dalam mimpinya, Faizal syahid. Di realiti, Faizal 'pergi'.

"Siapa yang selamatkan saya?"

Teacher sekali lagi terdiam. Kemudian menjawab perlahan,

"Pengawal sekolah kita. Dia berusaha naik ke tingkat 4 untuk padamkan api dengan alat pemadam api. Kemudian, ketika menarik kamu dan Faizal keluar dari bilik stor, berlaku letupan besar akibat bahan-bahan kimia yang tersimpan di situ..."

Zam segera mencelah teacher.

"Apa yang berlaku pada dia?! Teacher!"

"Dia melecur seluruh belakang badan sehingga ke bahagian belakang kepalanya. Pihak hospital dah sedaya upaya selamatkannya. Tapi, Allah lebih menyayangi...."

Zam segera bangun dari katil. Berlari ke bahagian kecemasan.

Sampai sahaja di situ, Zam melihat jenazah sedang diuruskan pihak hospital.

Diperhatikannya wajah pengawal yang dikatakan teacher. Dia sangat-sangat berharap bukan pengawal yang dikenalinya. Tapi, harapannya hancur berkecai.

Hakikat. Itu abang jaga.

Abang jaga sudah pergi...

Yang terbaring tiada daya itu benar-benar abang jaga yang dikenalinya selama ini. Abang jaga yang selama ini sentiasa bersama di setiap jatuh bangunnya. Abang jaga yang dianggap seperti abangnya sendiri. Sedari mula lagi abang itulah yang cuba menyelamatkannya dari hanyut dibawa arus kehidupan. Hingga saat-saat terakhir pun, abang itu jualah yang menyelamatkan nyawanya.

Di mata Zam, cebisan demi cebisan kenangan bagai dimainkan semula dalam pandangannya. Dari awal perkenalan dengan abang jaga, saat abang jaga membangkitkan semangatnya dengan Syurga Allah. Setiap tazkirah, setiap kata-kata, setiap nasihat. Setiap senyuman dan gurauan. Suka dan duka.

Jejaka berparut di muka itu terduduk. Berlutut di lantai. Dirinya tidak kuat. Demi Allah, dia betul-betul tidak kuat saat itu. Namun, kerana Allah dia harus cuba kuat.

Seolah-olah datang bisikan halus di telinga Zam. Abang jaga berkata-kata,

"Di saat tiada lagi harapan. Di saat itu kau masih ada Tuhan.
Di saat kau merasa putus asa. Allah masih ada bersama.
Manusia tak selamanya abadi. Tuhan saja yang tidak pernah mati.."

Seolah-olah terlihat abang jaga sedang senyum padanya.

Seolah masih menyuruhnya terus berjalan tanpa henti ke Syurga Ilahi.

Senyuman yang akhirnya pudar.

Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor