Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Friday, June 6 | Friday, June 06, 2014

Gambar Hiasan
Pasti ramai yang sudah terima penggilan telefon atau terkena dengan penipuan perbankan seperti debit kad atau kredit kad.
disini bukan lah untuk ketengahkan cara mereka berkenaan melakukan penipuan tapi bagaimana mereka dapat maklumat tentang kita.
Antara perasan atau tidak, setiap kali kita membuat transaksi samaada offline atau pun online mengunakan perkhidmatan perbankan, kumpulan berkenaan akan
mendapat maklumat. beberapa seketika atau selepas dua tiga hari pasti kita akan terima pangilan telefon dari number yang tidak dikenali mengaku dari pihak bank.
ada juga dari syarikat promosi apa-apa hadiah kepada kita lepas itu mintak maklumat detail kad kita.




Semuanya sama. mereka sudah pun dapat maklumat asas kita seperti nama alamat dan yang paling penting nombor telefon kita. adakah ada kaitan dengan pegawai bank yang menjual maklumat kita?
yang pasti kita akan sentiasa akan terima pangilan selepas kita mengunakan fasiliti perbankan seperti permohonan pinjaman dan lain yang berkaitan dengan bank. Cuba anda ingat balik.. :)
Dibawah ini salah satu pengalaman seseorang yang melaluinya teknik dan keadaan adalah sama.
“Baru-baru ini saya telah menerima panggilan telefon daripada ”Call Centre” yang menawarkan kad VIP kepada saya kerana mempunyai rekod yang baik pembayaran kad kredit yang dikeluarkan oleh sebuah bank terbesar di negara ini.
Pemanggil menerangkan saya telah terpilih daripada senarai pelanggan kad kredit bank terbesar berkenaan. Beliau  telah menerangkan tentang keistimewaan kad VIP itu.
Dengan anggapan bahawa pemanggil adalah daripada ”Call Centre” yang dikendalikan oleh bank terbesar tersebut, saya telah bersama-sama menyemak maklumat kad kredit saya yang dibacakan oleh pemanggil. Saya mengesahkan maklumat yang diberikan adalah betul, iaitu nombor kad kredit, nombor kad pengenalan dan tarikh tamat kad kredit.
Pemanggil seterusnya memaklumkan bahawa saya dikehendaki membayar sebanyak RM598 sebagai bayaran perkhidmatan. Saya dimaklumkan kad VIP tersebut adalah ”Summerset Card Elite Card” yang diuruskan oleh MBF Corporation, yang merupakan syarikat yang menjalankan operasi perkongsian masa.
Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana maklumat lengkap kad kredit termasuk nombor telefon bimbit saya ada pada pihak ketiga yang tidak ada sebarang urusan dengan saya sebelum ini. Maklumat lengkap kad kredit saya seperti nombor kad kredit dan tarikh tamat sudah mencukupi untuk membolehkan pihak-pihak tertentu untuk membuat transaksi kad kredit dalam talian tanpa pengetahuan saya.
Tindakan pengurusan bank terbesar berkenaan yang memberikan maklumat pelanggan kepada pihak ketiga adalah tidak beretika dan tidak sewajarnya berlaku kepada pelanggan mereka yang beranggapan sebarang maklumat mereka adalah sulit.
Bank terbesar berkenaan perlu dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2009 kerana memberikan maklumat peribadi pelanggan kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan pelanggan.
Selain itu, syarikat MBF Corporation juga telah melakukan kesalahan di bawah Akta Jualan Langsung 1993 kerana tidak memberikan tempoh bertenang selama 10 hari bekerja kepada pelanggan yang ditawarkan kad VIP tersebut. Mereka mengenakan bayaran sebanyak RM598 yang dibuat secara serta merta melalui kad kredit sekiranya pelanggan bersetuju menerima kad tersebut.
Bank Negara Malaysia sebagai pengawal selia perkhidmatan bank di negara ini perlu memantau tindak laku bank yang seringkali bertindak melangkaui bidang kuasa mereka demi untuk mengaut keuntungan daripada pelanggan.”


www.nikibnorhafis.blogspot.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor