Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Thursday, June 5 | Thursday, June 05, 2014



Hashimah bersama keluarganya menunjukkan paya yang menjadi sumber air selepas Sada gagal menghantar bekalan pada majlis perkahwinan anaknya.



KUALA NERANG – Sebuah keluarga di sini terpaksa menyediakan minuman kepada tetamunya dengan sirap air paya pada majlis perkahwinan anak mereka gara-gara Syarikat Air Darul Aman (Sada) gagal menghantar air pada majlis itu, Sabtu baru-baru ini.

Nik Hassan Nik Lah, 49, dan isterinya, Hashimah Ismail,47, berkata, mereka terpaksa menggunakan air paya berdekatan rumah selepas menunggu bekalan air dari Sada tidak sampai hingga menimbulkan kekecohan semasa majlis itu.

Kata Nik Hassan, dia terpaksa menggunakan air paya itu kerana sudah tiada sumber air yang boleh didapati di kawasan itu.

“Kami sungguh sedih kerana terpaksa menggunakan air itu untuk dijadikan minuman kepada tetamu. Pada hari itu, aktiviti gotong-royong menjadi kecoh kerana tiada bekalan air.

“Saya terpaksa menggunakan air paya itu kerana tanpa bekalan air sudah pasti majlis akan terjejas dan terpaksa menggunakan generator bagi mengepam air hingga sampai ke rumah. Bagaimanapun saya bersyukur, tiada keracunan makanan berlaku,” katanya.

Sementara itu, Hashimah berkata, pihak keluarganya sudah memaklumkan bekalan air itu kepada Sada Kuala Nerang seminggu sebelum majlis itu lagi.



Katanya, dia telah berjumpa dengan pegawai Sada yang membuat lawatan ke situ sebelum majlis dan mengarahkan dia membuat surat rasmi supaya memohon bekalan air bagi majlis perkahwinan anaknya itu.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga kecewa kerana kelalaian Sada hingga menyebabkan kami terpaksa menggunakan air paya untuk dijamu kepada tetamu,” katanya.

Menurut Hashimah, dia mengaku tidak sepatutnya menyediakan air sirap dicampur air paya untuk hampir 2,500 tetamu pada majlis itu tetapi keadaan terdesak dan tiada pilihan lain lagi.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Sada, Rofedi Sulaiman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu bagaimana perkara itu boleh berlaku kerana sebelum itu pihaknya sudah pun menghantar air pada 29 Mei lalu.

Sumber:Sinar Harian











Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor