Namun bagi Zizan dan Juliana Evans, walaupun sudah memakai cincin serupa, mereka sekadar kawan baik sahaja.
Menurut Zizan, cincin tersebut adalah pemberian Juliana Evans kepada dirinya. Adakah ini bermakna Juliana Evans sudah chop Zizan? Hehehe. Itu satu gurauan sahaja. Daripada apa yang diberitahu kepada media, Zizan mengakui Juliana Evans sekadar kawan rapat yang sekepala dengannya
Saya respek dengan Zizan. Saya yakin kalau anda berada di tempat Zizan, sudah pasti anda dah canang satu dunia Juliana Evans itu awek anda. Iyerlah, Juliana Evans kan cun melecun. Kalau tak chop awal-awal mahu kena rembat dengan orang lain. Mungkin Zizan dan Juliana Evans masih hanya mahu berkawan terlebih dahulu sebelum memasuki fasa percintaan.
Apa pun Saya doakan agar perhubungan Zizan dan Jue akan menjadi lebih daripada kawan satu hari nanti. Bukan apa, kedua-duanya nampak sama cantik sama padan. Memang sesuai sangat kalau bercinta. Tak gitu? Kredit gambar kepada BuahMulut.
0 Org je Komen:
Post a Comment