Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
Powered by Blogger.

Written By Huyang Jho on Wednesday, April 9 | Wednesday, April 09, 2014

Solat merupakan ibadah yang menjadi tunjang agama Islam. Umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan amalan solat kerana ia merupakan kewajiban yang mesti ditunaikan. Bagi seorang Muslim yang telah baligh, maka solat lima waktu sehari semalam diwajibkan ke atasnya.
Allah SWT memerintahkan umat Islam mengerjakan solat dalam firman-Nya: “Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada permulaan malam”.
(Hud:114)

Ibnu Kathir di dalam tafsirnya membawakan beberapa pendapat berkaitan dengan ayat ini. Antaranya pendapat Mujahid mengenai solat pada dua bahagian siang itu bermaksud solat Subuh, Zuhur dan Asar. Al-Hasan mengatakan bahawa solat pada permulaan malam itu ialah solat Maghrib dan Isyak.
Kewajiban solat ke atas umat Islam melambangkan tingginya nilai ibadah lima waktu ini. Ia merupakan tiang agama Islam yang wajib ditegakkan.
Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: ““Kepala setiap sesuatu ialah Islam, tiangnya ialah solat dan puncaknya ialah berjihad di jalan Allah.” (riwayat al-Tirmizi, hadis hasan sahih)
Solat merupakan ibadah yang difardukan ke atas umat Nabi Muhammad SAW di mana Allah SWT menyampaikan perintah itu ketika malam Mikraj.
Diriwayatkan daripada Anas r.a berkata: ““Solat difardukan ke atas Nabi SAW pada malam Israk Mikraj sebanyak 50 kali. Kemudian dikurangi sehingga menjadi lima (rakaat). Kemudian Allah menyeru: “Wahai Muhammad, Ia merupakan suatu ketetapan yang tidak boleh diubah lagi disisiku. Dengan mengerjakan solat lima waktu ini, engkau tetap memperoleh ganjaran sama seperti mengerjakan solat sebanyak 50 kali itu.”
(riwayat Ahmad, al-Tirmizi, hadis hasan sahih)
Pentingnya amalan solat ini kerana ia merupakan amalan yang pertama sekali dihisab oleh Allah SWT di akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda: ““Amalan yang pertama dihisab daripada seorang hama pada hari Kiamat ialah solat. Jika baik (solatnya), maka baiklah seluruh amalannya. Jika rosak (solatnya), maka rosaklah seluruh amalannya.”
(riwayat al-Thabarani)
Kepentingan dan kewajiban solat begitu banyak dinyatakan di dalam al-Quran dan al-Hadis. Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa baginda diperintahkan untuk memerangi manusia hinggalah mereka mengerjakan solat kepada Allah SWT.
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengucapkan Asy-hadu an la ilaha illallah wa anna Muhammadar Rasulullah, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Jika mereka telah menunaikan semua itu, maka darah dan harta mereka telah terpelihara daripadaku, kecuali apa yang harus dikeluarkan berdasarkan ketentuan Islam dan kelak hisabnya diserahkan kepada Allah”.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Source: Mohamad Dhiyauddin Abdul Kadir
Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor