Blog Archive

Followers

POST KAWAN!

Total Pageviews

View My Stats
My Ping in TotalPing.com
Free Auto Malaysia Backlinks
Powered by Blogger.

Written By Unknown on Saturday, May 10 | Saturday, May 10, 2014


Tunangku Tidak Tampan. 
Part 3
------

Langkahnya dipercepatkan.

Hari ini dia kembali menyarung pakaian seragam sekolahnya. Geli rasanya nak pakai. Kalau diikutkan hati, mahu terus dibakar saja.

Tapi hasutan abang jaga menghantui fikirannya. Mencengkam hati dan perasaannya.

Mata-mata para pelajar lain tertumpu pada dirinya. Hairan. Mungkin dalam hati mereka mencongak-congak,

"Ah, si gila ni datang lagi ke sekolah. Tak cukup lagi ke dengan ko tumbuk muka guru disiplin tempoh hari!"

Dipersetankan pandangan-pandangan orang sekeliling. Apatah lagi pandangan guru-guru yang penuh sinis benci padanya. Semua tu tidak dipedulikannya. Lantaklah.

Berjalan ke medan perhimpunan. Hari tu ada sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

Tentatif program cukup membosankan. Dah regular sangat sambutan ni. Tak ada kelainan pun getus hatinya. Dah 6 tahun di sekolah tu. Tahun depan, STPM.

Tibalah masa pengerusi majlis memanggil wakil pelajar merangkap Ketua Umum pelajar untuk memberikan ucapan.

Saat Ketua Umum melangkah ke depan, tiba-tiba disekat oleh si pelajar.

"Budak skema, ko diam hari ni boleh? Biar aku yang cakap. Aku dah meluat dengar ucapan ala bodek tu." Dengan isyarat buku lima atas muka. Terdiam Ketua Umum tak terkata apa.

Perhimpunan jadi hingar bingar dengan suara para pelajar tiba-tiba. Guru-guru jadi misterius apa yang telah terjadi. Dalam hiruk-pikuk, si pelajar melangkah ke depan pentas perhimpunan.

Guru-guru sampai ada yang berdiri dengan tindakan si pelajar.

Pelajar tak hiraukan para guru dan para pelajar. Dicapainya mikrofon dari pengerusi.

"Salam hari guru semua.

Maafkan saya andai bertindak kurang ajar hari ni. Tapi, ada sesuatu saya nak sampaikan pada semua orang khasnya guru-guru di depan ni.

Selama ni, saya akui saya silap. Memang saya nakal, saya kepala gengster di sekolah ni. Sayalah yang menimbulkan ketidaksenangan banyak pihak dalam sekolah ni.

Tapi hari ini, bersaksikan semua yang mendengar hari ini, saya mahu pulang. Pulang ke pangkal jalan.

Saya pohon ihsan dan hati budi semua orang, beri saya satu lagi peluang.

Peluang terakhir.

Saya pohon ampun dan maaf atas segala kesilapan saya selama ini. Saya bodoh dan saya jahil. Saya bangang dan saya melampau.

Andai saya dah minta maaf ni pun masih ada yang membenci, masih ada yang mencaci, saya tak mampu nak ubahkan hati anda semua. Hati saudara saudari, bukan saya yang pegang.

Tuhan pun bersifat al-Rahman dan al-Rahim. Maha Pengasih, Maha Penyayang. Beri keampunan, beri kemaafan. Adakah kita lebih mulia dari Tuhan sehingga enggan menerima kemaafan?

Jika ucapan maaf tidak cukup, hari ini saya sanggup buat lebih dari itu depan anda semua."

Lantas si pelajar merendahkan diri. Berlutut di hadapan para guru dan para pelajar!

Dalam hatinya bergejolak menahan amarah dan egonya sendiri. Namun kerana kata-kata seorang jaga malam tadi, ditabahkan hati. Diluntur segala rasa malu. Permohonan maaf tidak pernah melunturkan maruah seseorang.


Kongsi Kepada Kawan Kawan :
Share on FB Tweet Share on G+ Submit to Digg

0 Org je Komen:

NickIbnor© 2014-2015. All Rights Reserved. Template By Nik Ibnor Hafis
Nik Ibnor Hafis ( vVxApitZxVv ) Nik Ibnor Hafis vVxApitZxVv Template NikIbnor